Usah Tergolong Dalam Orang Yang Berpuasa Sekadar Rutin Tahunan Semata-mata.










Syaaban bakal meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi. Menanti gilirannya adalah bulan Ramadhan iaitu bulan penuh rahmat, keberkatan dan keampunan daripada Allah s.w.t kepada hamba2nya.

Sabda Rasulullah s.a.w yg membawa maksud ;
“Apabila datangnya Ramadhan dibuka pintu2 syurga dan ditutup pintu2 neraka dan dibelenggu syaitan2.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
         
          Sabda Rasulullah s.a.w lg yg membawa maksud ;
“Beberapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa2 daripada puasa mereka kecuali lapar dan dahaga.”

          Ramadhan juga mengajar kita bersikap murah hati dengan bersedekah dan member sumbangan kepada golongan yg memerlukan. Ibnu Abbas melaporkan Rasulullah seorang yg pemurah. Dan Baginda menjadi lebih pemurah ketika Ramadhan. Rasulullah menegaskan bahawa ; “seandainya manusia mengetahui keistimewaan 
Ramadhan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadhan.”

          Firman Allah yg bermaksud ;
“Bulan Ramadhan bulan yg didalamnya diturunkn (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu dan menjelaskan perbezaan antara benar dan salah.” (Surah Al-Baqarah ayat 185)



          Dari Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud ; “Puasa adalah perisai (memelihara dari akhlak yg buruk). Apabila seseorng itu berpuasa, maka janganlah dia mengeluarkan kata2 yg tidak elok atau kesat (mencarut), jika ada orng yg memakinya atau membunuhnya, maka katakanlah kepadanya : ‘sesungguhnya aku berpuasa’. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...