Istimewanya Seorang Perempuan.


Dalam islam, telah ditetapkan bahawa ibu bapa yang menanggung anak perempuan dengan sabar sehingga mereka dewasa akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama Rasulallah s.a.w. Baginda bersabda,
          " Barangsiapa yang mencukupkan belanja kepada dua orang anak perempuan sehingga mereka dewasa, maka dia akan datang pada hari kiamat bersama aku begini.sambil baginda menyatukan 2 jarinya sebagai kiasan tentang hampirnya kedudukan tersebut di dalam surga.
(Riwayat Muslim dari Anas bin Malik r.a)
Anak2 perempuan yang dilayan serta diberi nafkah dan perlindungan serta dilayan dengan sabar sehingga dewasa atau meninggal dunia akan menjadi penghalang kepada ibu bapanya dari api neraka. Inilah ganjaran bagi ibu bapa yang sabar.

dari 'Auf bin Malik r.a Rasulallah s.a.w bersabda 
          " Barangsiapa mempunyai 3 orang anak perempuan yang diberi belanja nafkah sehingga mereka dewasa atau kembali kepada Allah, maka mereka akan menjadi penutup dari api neraka" (Riwayat al-Baihaqi).

       Sesungguhnya anak perempuan adalah anugerah Allah yang sangat besar. Namun begitu, sebelum datangnya Islam, anak-anak perempuan tidak diberi perlindungan , kasih sayang dan kedudukan yang sewajarnya. Anak perempuan dianggap tidak memberi manfaat kepada keluarga, dan masyarakat sehingga akhirnya dibunuh dan sesetengah darinya ditanam hidup2. Islam telah memelihara maruah, memberi kedudukan seimbang dan memeberi hak2 kepada perempuan..
Islam juga telah meletakkan perempuan sebagai hiasan dunia.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...