Nak tegur orang kena jadi baik ??

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur kerana kita masih lagi di kurniakan nikmat iman.

rasa tergerak hati untuk berkongsi satu artikel yang mana artikel ni diambil darisahabat saya.

InsyaAllah artikel dapat membuatkan kita berani untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim.


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لاَ تَفْعَلُونَ
(الصف: 2).
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
(As-Soff:2)
Ramai orang menggunakan dalil ini sebagai alasan untuk tidak menegur seseorang . Adakah kita faham tafsiran sebenar ayat ini? . Adakah Allah s.w.t melarang kita melakukan kebaikan(menegur seseorang)?
Masalah untuk kita menegur orang melakukan maksiat/dosa ini tidak perlu tunggu kita menjadi baik, nabi pun tiada bagitahu, dan tiada dalam mana2 hadis mengatakan mesti jadi baik dulu.Ayat ini Allah s.w.t menasihat "MENGAPA kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" supaya orang yang menegur mengikut apa yang diperkatakannya bukannya melarang kita menegur/melarang seseorang dalam keadaan kita tidak cukup baik/ilmu.
Hinggakan kalau orang kita melihat orang melakukan maksiat, WAJIB kita menegurnya walaupun kita masih melakukan dosa.Tiada orang yang bersih dari dosa melainkan mksum,Nabi Muhammad s.a.w. Nabi wafat 1432H+ dulu, jadi siapa perlu tegur kalau bukan kita? Islam tidak melarang sama sekali menegur kesalahan orang lain , sampai masa orang lain akan menegur kesalahan kita.
Dimana di zaman Al-Imam Al-Ghazali, seseorang lelaki sedang berzina dengan seorang wanita, tiba-tiba berjalan seorang wanita yang tidak memakai tudung,wajib dia untuk menegur " Hai perempuan tutuplah rambut mu,kerana tidak menutup rambut itu akan dibakar di dalam api neraka".
Kuliah Ustaz Azhar (Kitab Jam'ul Jawami', Masjid Saidinar Umar Al-Khattab , Cenderwasih, Kuantang)(Ditranslate ke bahasa melayu yang standard lagi asli)
Jadi janganlah jadikan ini sebagai alasan, cuma rugilah kita jika tidak mengikut apa yang kita katakan. Allah s.w.t ada memberitahu di dalam sepotong ayat " Dahulukanlah diri kamu.Oleh itu mari kita semua bersama-sama saling tegur menegur bagi memastikan ISLAM itu terpelihara sepanjang masa.


Konklusi yang dapat saya jelaskan adalah menegur seseorang melakukan dosa itu adalah perkara wajib dan alangkah baiknye jika kita yang menegur turut melaksanakan perkara yg kite katakn td kerana semakin bertambahlah pahala kita. (CONTOH= tegur orng melakukan dosa 1 pahala jika kita melakukan perkara yg kita katakn td bertambah lg pahala kita. fikir-fikirkn lah.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...